Wednesday, August 5, 2009

Animal Hotel @ 1 July 2009

1 July 2009 - Bertempat di Animal Hotel, Mas Kargo, aku menanti kastemer dari Kuantan, Fadzil untuk datang membawa pulang 30 ekor kambing feralnya. Kali ini, takde pun boer yang dibawa masuk, semuanya feral yang kami bawa dari Australia.

Terima kasih pada Botak yang banyak membantu dalam kerja2 mengalihkan kambing dr crate ke lori.








Sunday, April 19, 2009

Boer Goat - wikipedia

The Boer goat was developed in South Africa in the early 1900s for meat production. Their name is derived from the Dutch word "Boer" meaning farmer. The Boer goat was probably bred from the indigenous goats of the Namaqua Bushmen and the Fooku tribes, with some crossing of Indian and European bloodlines being possible. They were selected for meat rather than milk production; due to selective breeding and improvement, the Boer goat has a fast growth rate and excellent carcass qualities, making it one of the most popular breeds of meat goat in the world. Boer goats have a high resistance to disease and adapt well to hot, dry semi-deserts.

My baby boer

Comel giler anak2 kambing aku ni! Tapi sian, terpaksa minum susu botol sebab maknya takde.






Jalan-jalan ke Terengganu



Baru-baru ni, aku, Mizi dan Fitri jalan-jalan mencari peluang dan meninjau2 kawasan yang berpotensi di Terengganu. Kami singgah di Pusat Latihan Veteriner, Cermin Kiri. Pertama kali aku sampai kat tempat ni. Luas betul kawasan pusat latihan ni. Kambing2 dilepaskan di padang ragut, selain kambing ada juga lembu, rusa, kawasan tanaman herba dan lain-lain.
























Kami juga singgah di ladang Pok Wel, otai dalam bidang ternakan lembu kat Terengganu ni. Seronok dapat berbual2 dan bertukar pendapat dengan Pok Wel. Pengalaman beliau amat luas dalam bidang ternakan. Dapat jugak idea cemana nak kembangkan perniagaan..si Fitri la tu..sibuk dengan napier nya.

-Mel Boerbest

Thursday, January 29, 2009

Mulanya kisah tentang aku dan kambing


Salam perkenalan dari aku - Mel, orang baru dalam dunia 'perkambingan'. Aku baru nak berjinak2 dalam dunia perkambingan ni lebih kurang setahun yang lalu. Ilmu yang ada sedikit ini pun hasil bimbingan oleh sifu Mizi dan rakan-rakan seperjuangan dalam Boerbest.
Kerana minat, aku punye hasrat untuk memberikan komitmen dan tumpuan yang lebih dalam bidang ini. Selain menjana ekonomi untuk diri sendiri, aku juga ingin menanam minat yang sama di kalangan rakan2 dan saudara-mara untuk menceburkan diri dalam dunia penternakan ni. Besarlah harapan aku kiranya rakan2 seperkambingan di luar sana dapat memberi tunjuk ajar, bimbingan, berkongsi idea dan ilmu untuk kita sama-sama maju dalam bidang ini.
Mel@Boerbest