Thursday, January 29, 2009

Mulanya kisah tentang aku dan kambing


Salam perkenalan dari aku - Mel, orang baru dalam dunia 'perkambingan'. Aku baru nak berjinak2 dalam dunia perkambingan ni lebih kurang setahun yang lalu. Ilmu yang ada sedikit ini pun hasil bimbingan oleh sifu Mizi dan rakan-rakan seperjuangan dalam Boerbest.
Kerana minat, aku punye hasrat untuk memberikan komitmen dan tumpuan yang lebih dalam bidang ini. Selain menjana ekonomi untuk diri sendiri, aku juga ingin menanam minat yang sama di kalangan rakan2 dan saudara-mara untuk menceburkan diri dalam dunia penternakan ni. Besarlah harapan aku kiranya rakan2 seperkambingan di luar sana dapat memberi tunjuk ajar, bimbingan, berkongsi idea dan ilmu untuk kita sama-sama maju dalam bidang ini.
Mel@Boerbest

No comments:

Post a Comment